Kata - Kata Hikmah Bahasa Arab

InsyaAllah kali ni, tempahan dari Cikgu Memeng yang nak kan Kata - kata hikmah dalam bahasa arab bertemakan Bunga Rose dan Bunga Matahari..

Jom tengok..











Formula Untuk Mengira Sel Yang Mempunyai Teks Dan Nombor

Assalamualaikum semua

Harini saya nak ajar guna simple coding yang boleh digunakan dalam Excel.

Saya yakin pasti ramai di kalangan cikgu-cikgu yang mahir gunakan Excel kan?.. yela, banyak juga main dengan data kan..

InsyaAllah harini saya nak share bagaimana cara untuk :

1. Mengira bilangan sel yang mempunyai teks menggunakan formula

Untuk mengira bilangan sel dengan teks dalam Excel, sila lakukan seperti berikut.
1. Pilih sel kosong yang anda mahu hasil pengiraan dipaparkan.
2. Salin dan tampal formula
= COUNTA (A1: D15) -COUNT (A1: D15)
ke dalam Bar Formula dan kemudian tekan kekunci Enter. Kemudian anda dapat melihat jumlah sel jumlah yang ditunjukkan dalam sel yang dipilih.
 Contohnya adalah seperti di bawah :

Sumber : https://www.extendoffice.com/documents/excel/2416-excel-count-cells-with-text-number.html



2. Kira bilangan sel dengan nombor dengan formula 

Selepas mengira nombor sel dengan teks, bahagian ini akan menunjukkan formula mengira nombor sel dengan nombor.

1. Pilih sel kosong untuk meletakkan hasil pengiraan.

2. Salin dan tampal formula = COUNT (A1: D15) ke Bar Formula, kemudian tekan kekunci Enter. Lihat tangkapan skrin:

Sumber
 Ok. Itu sahaja untuk kali ini.
Mudah je kan..
InsyaAllah dengan perkongsian ini, kerja anda akan lebih mudah.

With Love,
Imah SulamKaseh

#PHOTOBOOK RAYA SPECIAL#

Jom abadikan gambar anda yang banyak² tu dalam photobook yang comey dan cute ni..

Jom ! Jom ! Tempah dengan SulamKaseh..

Untuk menempah, just klik link ni ye

http://www.wasap.my/+60139014626/SALAM+Saya+nak+tahu+detail+mengenai+Photobook+Raya

So... boleh la pilih2 gambar terbaik utk join promosi ni... kita abadikan gambar RAYA2017 kali ini dalam #PhotobookRaya ... yuhuuu!!!

*pssst: tapi ada SATU SYARAT

GAMBAR YG DIHANTAR UTK PROMOSI INI MESTILAH MENUTUP AURAT... KAMI X BOLEH BUAT UTK GAMBAR YG MENDEDAHKAN AURAT... ITU POLISI KAMI... SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH DI SYAWAL YG MULIA INI... TERIMA KASIH 🤗🤗

#Photobook #PhotobookRaya
#PhotobookMurah #Raya


Program C-HAT dan Sambutan Bulan Pemakanan Daerah Kemaman

Sebanyak 16keping Bunting untuk Program Sambutan Bulan Pemakanan Daerah dan Program C-HAT yang ditempah oleh Jabatan Kesihatan Kemaman..

Semoga program berjalan lancar



Perginya Seorang Lejen, Penulis Komik Aku Hidup Dalam Blues..

. Kembali nya kepada Yang Esa .
Anda masih ingat tak dengan komik "Aku Hidup Dalam Blues" ni?.

Sekiranya anda se-zaman dengan saya, sekitar tahun 90an pasti anda adalah antara yang 'Jatuh Cinta' dengan Sahak (watak utama dalam komik tersebut) walaupun anda tidak begitu mengenali penulis asalnya. Betulkan?..

Harini, penulis lejen ini ( Azzam Supardi ) telah pun meninggalkan dunia yang fana ini. Dari berita yang saya perolehi, beliau meninggal kerana sakit jantung.

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali..
Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.. Aameen..


. Kisah Saya .
Antara berjuta peminat yang menyukai komik tersebut, sayalah salah seorang nya.. 
Sebenarnya apa yang benar - benar menarik perhatian saya tentang komik tersebut adalah lukisan nya..

Saya sangat suka dengan teknik lakaran yang di gunakan nya.. bersahaja namun cantik.
Simple dan menarik. Serius.. saya sangat suka kan nya..

Masih ingat lagi, lukisan watak Sahak tu yang paling saya minat..
Ada juga lah beberapa gambar yang sempat saya lakar semula mengikut lukisan asal dari komik tersebut.

Sekadar untuk simpanan sendiri..
Kawan - kawan cakap, saya ada bakat melukis.. hee..


. Mencari Diary Lama .
Sebaik sahaja menerima berita ini, saya terus mencari - cari diary lama saya.
Diary yang kulitnya keras, berwarna silver. Di depan nya tertulis no 97 yang mana angka 9 nya di ganti dengan gambar siput sedut, simbolik kepada no 9. Diary yang sangat unik, membuatkan mudah untuk saya mengingatinya..
Kalau tak silap, ianya adalah pemberian dari kakak saya..

Berusaha keras saya mencari diary ini.
Habis digeledah barang dalam stor kat bilik belakang.. dalam kotak - kotak di atas para.. semua saya belek.. dan..setelah gigih mencari, akhirnya saya jumpa!..

huhu.. diary ni dah lama.. agak uzur.. dan di tambah pulak sebahagian nya dah di makan anai - anai..
Namun, saya masih menyimpan nya.. kenangan 20 tahun yang lepas ni.. mahal tu. :D

Kenangan di zaman sekolah menengah.. nostalgia sungguh.
Saya rasa, tak ramai yang masih simpan diary lama macam saya kan.. hee

Ini lah diary saya tu..

Kenapa saya begitu bersungguh mencari 'buku buruk yang dah di makan anai - anai ni'?
Bukan apa.. sekadar nak imbau kembali kenangan lampau..
Dan sebagai bukti, saya adalah antara peminat 'Aku Hidup Dalam Blues' ni..

Di bawah adalah antara lukisan yang saya lakar berdasarkan lukisan asal di dalam komik tersebut..

Aku Hidup Dalam Blues.. Gambar yang paling glemer ni

Aku Hidup Dalam Blues.. Lukisan bertarikh 3.3.97

Kenangan akan tinggal sebagai kenangan...

Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.. Aameen..

- Imah SulamKaseh -

recent posts

Hakmilik SulamKaseh Creative. Powered by Blogger.

About Us

Blog ini ditubuhkan untuk menempatkan segala hasil kerja saya yang terkini di SulamKaseh Creative.. Moga bermanfaat buat semua.. InsyaAllah.. Rabbi Yassir