. Kembali nya kepada Yang Esa .Anda masih ingat tak dengan komik "Aku Hidup Dalam Blues" ni?.
Sekiranya anda se-zaman dengan saya, sekitar tahun 90an pasti anda adalah antara yang 'Jatuh Cinta' dengan Sahak (watak utama dalam komik tersebut) walaupun anda tidak begitu mengenali penulis asalnya. Betulkan?..
Harini, penulis lejen ini ( Azzam Supardi ) telah pun meninggalkan dunia yang fana ini. Dari berita yang saya perolehi, beliau meninggal kerana sakit jantung.
Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali..
Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.. Aameen..
. Kisah Saya .Antara berjuta peminat yang menyukai komik tersebut, sayalah salah seorang nya..
Sebenarnya apa yang benar - benar menarik perhatian saya tentang komik tersebut adalah lukisan nya..
Saya sangat suka dengan teknik lakaran yang di gunakan nya.. bersahaja namun cantik.
Simple dan menarik. Serius.. saya sangat suka kan nya..
Masih ingat lagi, lukisan watak
Sahak tu yang paling saya minat..
Ada juga lah beberapa gambar yang sempat saya lakar semula mengikut lukisan asal dari komik tersebut.
Sekadar untuk simpanan sendiri..
Kawan - kawan cakap, saya ada bakat melukis.. hee..
. Mencari Diary Lama .Sebaik sahaja menerima berita ini, saya terus mencari - cari diary lama saya.
Diary yang kulitnya keras, berwarna silver. Di depan nya tertulis no 97 yang mana angka 9 nya di ganti dengan gambar siput sedut, simbolik kepada no 9. Diary yang sangat unik, membuatkan mudah untuk saya mengingatinya..
Kalau tak silap, ianya adalah pemberian dari kakak saya..
Berusaha keras saya mencari diary ini.
Habis digeledah barang dalam stor kat bilik belakang.. dalam kotak - kotak di atas para.. semua saya belek.. dan..setelah gigih mencari, akhirnya saya jumpa!..
huhu.. diary ni dah lama.. agak uzur.. dan di tambah pulak sebahagian nya dah di makan anai - anai..
Namun, saya masih menyimpan nya.. kenangan 20 tahun yang lepas ni.. mahal tu. :D
Kenangan di zaman sekolah menengah.. nostalgia sungguh.
Saya rasa, tak ramai yang masih simpan diary lama macam saya kan.. hee
|
Ini lah diary saya tu.. |
Kenapa saya begitu bersungguh mencari 'buku buruk yang dah di makan anai - anai ni'?
Bukan apa.. sekadar nak imbau kembali kenangan lampau..
Dan sebagai bukti, saya adalah antara peminat 'Aku Hidup Dalam Blues' ni..
Di bawah adalah antara lukisan yang saya lakar berdasarkan lukisan asal di dalam komik tersebut..
|
Aku Hidup Dalam Blues.. Gambar yang paling glemer ni |
|
Aku Hidup Dalam Blues.. Lukisan bertarikh 3.3.97 |
Kenangan akan tinggal sebagai kenangan...
Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.. Aameen..
- Imah SulamKaseh -